[REAKSI PAKAR] Bolehkah haiwan kesayangan bawa virus COVID-19?

Photo by Mikhail Vasilyev on Unsplash

Susulan laporan terkini berkenaan seekor harimau di sebuah zoo di New York yang dijangkiti penyakit COVID-19 serta laporan sebelum ini melibatkan beberapa haiwan yang dijangkiti virus berkenaan termasuk beberapa anjing di Hong Kong dan seekor kucing di Belgium, kami telah bertanyakan beberapa pakar berkenaan kebarangkalian kucing dan haiwan kesayangan lain berisiko dalam penyebaran koronavirus:

“Bolehkah haiwan kesayangan membawa COVID-19?”

REAKSI PAKAR

Berikut adalah jawapan reaksi pakar yang diterima oleh rakan sejawat Science Media Centre (SMC) kami di Australia:

Profesor Jacqui Norris dari Sydney School of Veterinary Science di University of Sydney berkata:

 “Secara global, hanya terdapat dua kucing dan dua anjing yang telah dikesan positif untuk SARS-CoV-2.  Haiwan ini hidup bersama pemilik yang berpenyakit dan jangka masa keputusan positif tersebut menunjukkan bahawa wujud jangkitan daripada manusia kepada haiwan.  Keputusan pengkulturan virus daripada haiwan tersebut adalah negatif, bermakna tiada kehadiran virus yang aktif dalam haiwan tersebut.

Sekiranya kita hendak menghentikan pandemik ini, kita perlu mengambil serius langkah penjarakkan sosial – ia seharusnya melibatkan seisi rumah, iaitu manusia serta haiwan kesayangan.  Walaupun tiada bukti yang menunjukkan penularan wabak ini daripada haiwan kepada manusia, anda dinasihatkan untuk berwaspada dan mengasingkan seluruh keluarga anda daripada mereka yang bergejala.  Sekiranya terdapat ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19, mereka harus diasingkan daripada semua ahli keluarga yang lain, termasuk haiwan kesayangan juga.”

Gilles Guillemin, Profesor Neurosains, dari Macquarie University berkata:

Feline Coronavirus (FCoV) adalah suatu jangkitan virus yang kerap berlaku dalam kucing. Virus tersebut wujud dalam dua bentuk: satu yang menyebabkan jangkitan ringan pada gastrousus dan perut, manakala satu lag menyebabkan suatu penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing dikenali sebagai Feline Infectious Peritonitis (FIP).  FCoV mempunyai genetik berlainan daripada SARS-CoV-2.  Ini bermakna sekiranya ujian yang betul dijalankan atas kucing, perbezaan boleh dilihat secara ketara antara dua virus tersebut.

Di Amerika Syarikat, IDEXX Laboratories yang merupakan peneraju dalam ujian diagnostik veterinar, telah mengumumkan pada bulan Mac bahawa makmal mereka tidak dapat mengesan sebarang kes positif SARS-CoV-2 dalam ribuan anjing dan kucing yang diuji sehingga kini.”

Adakah kita oleh dijangkiti oleh haiwan tersebut?

“Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa kucing boleh menjangkiti manusia.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah kian berulang kali menyatakan bahawa “tiada bukti bahawa anjing, kucing atau mana-mana haiwan kesayangan boleh menyebarkan COVID-19 kepada manusia.

Terdapat bilangan kecil kes terpencil di mana haiwan dijangkiti setelah berhubung rapat dengan orang yang berpenyakit, termasuk anjing di Hong Kong yang dikesan positif untuk tahap pathogen yang rendah pada bulan Februari dan awal Mac. Pihak berkuasa Hong Kong telah menyatakan bahawa anjing dan kucing tidak berupaya menjangkitkan virus tersebut kepada manusia, tetapi boleh dikesan positif sekiranya terdedah kepada pemilik yang bergejala.

Kajian SARS-CoV, suatu jenis koronavirus berkaitan dan menyebabkan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS), menunjukkan bahawa kucing boleh dijangkiti virus tersebut dan berupaya menjangkiti kucing lain (Martina, Nature 2003).  Namun begitu, tiada bukti semasa pandemik SARS yang menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh merebak di kalangan kucing rumah atau boleh menjangkiti antara kucing kepada manusia.”

Apakah jenis haiwan yang berisiko untuk mendapat penyakit tersebut?

“Feret mudah dijangkiti COVID-19 koronavirus, oleh itu haiwan ini tealh dicadangkan sebagai model yang sesuai untuk pengujian vaksin dan ubat rawatan.  Feret sebelum ini telah dijadikan sebagai model dalam kajian influenza, dan terdapat beberapa makmal telah memulakan kajian COVID-19 atas haiwan tersebut.

Pada Ahad (5 April), seekor Harimau Malaya telah menjadi kes pertama bagi hidupan liar yang menunjukkan gejala COVID-19 dan merupakan antara 7 ekor harimau dan singa yang sakit di Zoo New York, USA.  Haiwan ini berkemungkinan dijangkiti oleh penjaga mereka yang tidak menunjukkan simptom penyakit.

Tenggiling mempunyai pelbagai koronavirus dan tenggiling Sunda, yang asal-usulnya dari Asia Tenggara, telah dikesan membawa sejenis virus yang mempunyai persamaan genetik sebanyak 92.4% dengan COVID-19.

Manusia yang mempunyai kontak rapat dengan primat atau monyet seperti penjaga zoo, penyelidik dan pemilik haiwan perlu lebih mengambil langkah waspada.  Kumpulan mawas besar (great ape) amat mudah dijangkiti COVID-19 disebabkan persamaan genetik mereka yang amat rapat dengan manusia dan berupaya dijangkiti jangkitan pernafasan dengan senang daripada manusia.”

Bolehkah haiwan jatuh sakit akibat COVID-19 seperti manusia?

“Ya, boleh.”

Adakah virus tersebut boleh bermutasi dalam haiwan dan menyebabkan wabak koronavirus kedua?

“Koronavirus mempunyai daya tahap mutasi yang tinggi jadi ia mempunyai kemungkinan untuk terjadi.”

**Semua catatan terdahulu tentang COVID-19 boleh dibaca di sini: https://sciencemediacentremalaysia.com/tag/covid-19/

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading