[KENYATAAN MEDIA] ‘Perlumbaan antara vaksin dan virus’ bagi mengekang varian Delta COVID-19

Orang ramai perlu divaksin secepat mungkin bagi mengurangkan kadar penularan varian-varian COVID-19 yang lebih berbahaya, demikian saranan bekas Penasihat Kebangsaan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Christopher Lee. Sambil menyifatkan situasi sekarang sebagai “perlumbaan antara vaksin dan virus” ujar beliau, cara terbaik untuk mengurangkan kadar mutasi virus COVID-19 dalam komuniti adalah menerusi vaksinasi. 

[Q&A] Apa itu varian Delta? Apa perbezaannya dengan Delta Plus?

Mutakhir ini wujud penularan varian Delta yang kini dilaporkan telah merebak sehingga ke hampir di 100 negara, termasuk Malaysia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran bahawa dunia sedang dalam tempoh getir mendepani pandemik COVID-19 dengan penularan varian mutasi SARS-CoV-2 paling berbahaya di dunia ketika ini.

[KENYATAAN MEDIA] Vaksinasi Elak Derita Akibat COVID-19

Pengalaman pernah dijangkiti COVID-19 dan tidak mahu trauma berulang, selebriti tempatan, Tiz Zaqyah nekad memastikan keluarganya mendaftar untuk divaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera. Pelakon “Covid Oh Covid” yang dijangkiti virus pada bulan Mei baru-baru ini berkongsi kegusaran yang dialaminya ketika mengharungi detik cemas itu.

[KENYATAAN MEDIA] Rujukan Media PANAS! bagi menyokong liputan media mengenai perubahan iklim dilancarkan

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2021, Science Media Centre (SMC) Malaysia mengumumkan pelancaran PANAS! iaitu rujukan media digital pertama di Malaysia yang disasarkan khusus kepada golongan wartawan, penulis dan pencipta kandungan Malaysia yang berminat untuk membuat liputan mengenai topik alam sekitar dan perubahan iklim.

[PANAS!] Padi tradisi kunci adaptasi perubahan iklim

Masyarakat etnik yang mendiami kawasan terpencil sangat bergantung kepada sumber alam. Jika hasil tuaian padi musnah, tiada pasar yang berdekatan untuk membeli beras. Dr Nur Hazwani Bahar menyingkap pengalaman dan peranan golongan ini yang merupakan ‘barisan hadapan’ yang terkesan daripada perubahan iklim dan akibat buruknya. 

[KENYATAAN MEDIA] Vaksin COVID-19 beri lebih manfaat daripada mudarat

Pengambilan vaksin bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak dari lahir lagi, masyarakat sudah biasa dengan penerimaan vaksin untuk mengelak pelbagai jenis penyakit. Malah syarat pengambilan vaksin sebelum memasuki sesebuah negara telah lama diamalkan seperti vaksin demam kuning untuk negara Afrika, dan suntikan wajib vaksin meningococcal untuk ke tanah suci Makkah atau Madinah di negara Arab Saudi untuk tujuan umrah atau haji. 

[KENYATAAN MEDIA] #YakiniVaksin: Kempen Kesedaran Bagi Menangani Mitos Dan Salah Faham Mengenai Vaksin COVID-19

Walaupun keyakinan global terhadap vaksin COVID-19 semakin meningkat, keraguan dan keengganan menerima vaksin tetap menjadi masalah utama. Untuk menangani cabaran ini, Science Media Centre (SMC) Malaysia dan The Petri Dish secara rasminya melancarkan #YakiniVaksin, satu projek kempen kesedaran yang bertujuan untuk melawan mitos dan salah faham tentang vaksin COVID-19.

[Q&A] Mengapa terdapat banyak jenis vaksin? Adakah vaksin akan mengubah DNA saya? Adakah vaksin COVID-19 halal?

Adakah vaksin akan mengubah DNA saya? Mengapa terdapat banyak jenis vaksin? Adakah vaksin itu halal? Pelbagai soalan dikemukakan orang awam dan dijawab oleh pakar-pakar dari Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, USIM dalam webinar “Takut Dengan Vaksin COVID-19?” baru-baru ini.

[KENYATAAN MEDIA] Lebih separuh rakyat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan asas tentang vaksin COVID-19

Hasil kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini mendedahkan bahawa hanya 43% daripada responden kajian mempunyai pengetahuan asas yang baik tentang vaksin COVID-19.