Pengambilan vaksin bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak dari lahir lagi, masyarakat sudah biasa dengan penerimaan vaksin untuk mengelak pelbagai jenis penyakit. Malah syarat pengambilan vaksin sebelum memasuki sesebuah negara telah lama diamalkan seperti vaksin demam kuning untuk negara Afrika, dan suntikan wajib vaksin meningococcal untuk ke tanah suci Makkah atau Madinah di negara Arab Saudi untuk tujuan umrah atau haji.
Tag: vaccine awareness
[KENYATAAN MEDIA] #YakiniVaksin: Kempen Kesedaran Bagi Menangani Mitos Dan Salah Faham Mengenai Vaksin COVID-19
Walaupun keyakinan global terhadap vaksin COVID-19 semakin meningkat, keraguan dan keengganan menerima vaksin tetap menjadi masalah utama. Untuk menangani cabaran ini, Science Media Centre (SMC) Malaysia dan The Petri Dish secara rasminya melancarkan #YakiniVaksin, satu projek kempen kesedaran yang bertujuan untuk melawan mitos dan salah faham tentang vaksin COVID-19.
You must be logged in to post a comment.