Pengambilan vaksin bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak dari lahir lagi, masyarakat sudah biasa dengan penerimaan vaksin untuk mengelak pelbagai jenis penyakit. Malah syarat pengambilan vaksin sebelum memasuki sesebuah negara telah lama diamalkan seperti vaksin demam kuning untuk negara Afrika, dan suntikan wajib vaksin meningococcal untuk ke tanah suci Makkah atau Madinah di negara Arab Saudi untuk tujuan umrah atau haji.
Tag: vaksin
[Q&A] Mengapa terdapat banyak jenis vaksin? Adakah vaksin akan mengubah DNA saya? Adakah vaksin COVID-19 halal?
Adakah vaksin akan mengubah DNA saya? Mengapa terdapat banyak jenis vaksin? Adakah vaksin itu halal? Pelbagai soalan dikemukakan orang awam dan dijawab oleh pakar-pakar dari Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, USIM dalam webinar “Takut Dengan Vaksin COVID-19?” baru-baru ini.
[KENYATAAN MEDIA] Lebih separuh rakyat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan asas tentang vaksin COVID-19
Hasil kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini mendedahkan bahawa hanya 43% daripada responden kajian mempunyai pengetahuan asas yang baik tentang vaksin COVID-19.
You must be logged in to post a comment.